Blog Article


Topik 1 : Apa itu pendidikan STEAM

Create By Mohd Nazur Syahmi At 2019-11-06 13:16:31

Related image

Perkataan STEAM merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering, Art dan Matematik. Istilah ini merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi yang berlandaskan Industrial Revolusi 4.0 (IR4.0).




Dasar pendidikan ini wujud adalah kerana bidang pekerjaan yang melibatkan STEAM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Mengikut kajian, 80% bidang pekerjaan di Amerika Syarikat adalah melibatkan bidang STEAM. Maka dengan itu, pelajar di Malaysia juga perlu disediakan dengan bidang ini bagi membantu Malaysia menyediakan lebih banyak peluang perkerjaan.

 

Tapi apa yang melanda kita sekarang ini ialah pelajar sekarang masih tidak dapat memenuhi kriteria keperluan tersebut. Samada dari segi kuantiti mahupun kualiti kerja dalam bidang STEAM. Mengikut statistik, bilangan pelajar perempuan ke universiti juga jauh lebih tinggi dari bilangan pelajar lelaki. Tambahan pula, Separuh darinya kurang berminat dengan bidang STEAM. Pendidikan STEAM ini menjadi perkara yang lebih penting kerana perkembangan bidang kerja dalam bidang STEAM adalah 3x ganda berbanding bidang bukan STEAM.

 

 

Maka dengan itu, marilah kita sama-sama menanamkan sifat minat pelajar terhadap pendidikan STEAM sejak dari pendidikan rendah lagi.

 

Antara strategi yang boleh dilakukan adalah :

  1. Pembelajaran yang berasaskan project-based.
  2. Pembelajaran berasaskan real-world yang dibantu oleh guru.
  3. Memberi pendedahan tentang teknologi masa kini.
  4. Lebih banyak peluang belajar di peringkat tinggi.

 

Kami dari pihak Bluberry Network ada menyediakan kelas yang berasaskan STEAM. Antara kelas yang dianjurkan adalah :

  1. Asas bengkel Arduino
  2. Asas Internet of Thing
  3. Asas kepada dunia robotik


Sila hubungi 014-9466 234 (Syahmi) untuk sebarang pertanyaan.