Blog Article


Topik 2 : Apa itu Arduino

Create By Mohd Nazur Syahmi At 2019-11-06 17:59:48

Arduino merupakan sebuah rangkaian elektronik yang mampu diprogramkan melalui computer. Ianya juga merupakan salah satu alat pembelajaran yang digunakan dalam pendidikan STEAM. Arduino mempunyai satu chip mikropengawal ataupun ‘brain’ yang merupakan salah satu komponen utama di rangkaian elektronik tersebut.

Mikropengawal ini juga boleh ditemui pada Smartphone, Perisian Komputer, Kaca TV, dan pelbagai alat elektronik yang lain. Tidak lupa juga pada alat mainan kanak-kanak dan mesin di industri.



 

Arduino merupakan sebuah rangkaian elektronik ‘Open source’ yang anda boleh akses secara percuma dan mampu menghasilkan 1001 jenis projek dari semudah mengelipkan lampu sehingga sesukar Smart-Phone.




Antara kelebihan Arduino adalah :

  1. Murah – Arduino merupakan sebuah rangkaian elektronik yang mampu milik jika dibandingkan dengan rangkaian elektronik yang lain.
  2. Mesra Alam – Perisian Arduino mampu menyokong sistem peranti Windows, Macintosh OSX, dan Linux.
  3. Mudah & Jelas – Amat sesuai digunakan oleh guru yang ingin mengajar subjek pengaturcaraan Arduino pada pelajar kerana ianya amat mudah difahami dan juga sesuai dijadikan salah satu modul pembelajaran di sekolah.
  4. Perisian ‘Open source’ – Perisian Arduino boleh didapati secara percuma dan terdapat 1001 contoh projek yang boleh dijadikan sebagai tempat rujukan.
  5. Perkakasan ‘Open source’ – Arduino diterbitkan oleh ‘Creative Commons License’ dimana para hobby mampu mencipta atau melakukan sedikit inovasi pada rangkaian Arduino tersebut.


Kami dari pihak Bluberry Network ada menyediakan kelas yang berasaskan pembelajaran STEAM. Antara kelas yang dianjurkan adalah :

 

Sila hubungi 014-9466 234 (Syahmi) untuk sebarang pertanyaan.