Blog Article


Topik 3 : Arduino (Getting Started)

Create By Mohd Nazur Syahmi At 2019-11-12 07:36:16

Arduino terdiri daripada pelbagaijenis rangkaian elektronik dan hampir kesemuanya mempunyai fungsi yang sama. Sebagai langkah permulaan, kita akan sama-sama memahami konsep sebenar Arduino.

Arduino terdiri daripada 3 subtopik iaitu :

  • Community
  • Hardware
  • Software

Community

Community pada Arduino merujuk kepada satu jaringan besar dimana pengguna-pengguna Arduino akan berkongsi dan saling bertukar-tukar pendapat tentang apa jua berkenaan dengan Arduino. Para hobby mahupun pengguna baru mampu menjadikan platform ini sebagai langkah pertama dalam mendalami ilmu Arduino. Gambar dibawah menunjukkan salah satu contoh tajuk yang telah dibincangkan yang mampu anda akses secara percuma.

Image result for arduino forum

Hardware

Hardware pada Arduino merujuk kepada jenis-jenis rangkaian elektronik Arduino. Antara jenis rangkaian elektronik yang sering digunakan adalah Uno, Mega, Nano, Yun, dan sebagainya. Arduino Uno merupakan sejenis rangkaian elektronik yang cukup popular dikalangan pengguna baru kerana ianya mempunyai saiz dan fungsi yang amat sesuai dijadikan sebagai bahan asas pembelajaran Arduino. Gambar dibawah menunjukkan beberapa contoh rangkaian elektronik Arduino yang boleh didapati di pasaran.

 

Arduino Uno

Arduino Mega

Arduino Nano

Software

Software pada Arduino merujuk kepadaperisian yang akan digunakan dalam pengaturcaraan Arduino. Asas kepada perisianyang sering digunakan adalah Arduino Integrated Development Environment atausingkatannya adalah Arduino IDE. Arduino IDE mempunyai suatu ruangan dimanasetiap unsur kod boleh ditulis di ruangan tersebut. Ia juga mempunyai ruanganmesej, toolbar yang mampu melakukan tugas-tugas tertentu, dan beberapa siri menuyang lain. Perisian ini akan disambungkan kepada rangkaian elektronik Arduinomelalui penyambungan wayar USB bagi mewujudkan komunikasi antara mereka.

 


Arduino IDE

Kami dari pihak Bluberry Network ada menyediakan kelas yang berasaskan pembelajaran STEAM. Antara kelas yang dianjurkan adalah :

 

Sila hubungi 014-9466 234 (Syahmi) untuk sebarang pertanyaan.